Hari Ini Hari Aku


Alhamdulillah syukur..bertambah lagi usia..da tua?? apadehal....ok wat! at least kita masih diberi kesempatan nak merasai proses TUAnya kita itu.......
Pagi td je da berduyun2 wish masuk kat skype. Bos pun sama naik...tetiba lak tahun ni dia wish anniversary+besday sekali kat aku....mimpi kah ini bos??? Nape x wish sekali aku dpt bunus patbulan ke kan...leh la cuci2 mata kat sopingmol time2 sale nih...
Tetiba tingat lawak Encik Kudin pagi td....suka tau wat haku saspen pepagi!

Rimau da boleh terbang uols! Nangis garuda terbang nanti selisih sang rimau!



AirAsia cat pesawat warna Harimau Muda



AIRASIA, jenama yang secara aktif dikaitkan dengan sukan dan remaja akan menghormati wira-wira bola sepak negara dengan mengecat pesawat mereka berdasarkan warna Harimau Muda.Dijangka siap pada suku pertama 2012, pesawat itu akan menggambarkan kejayaan membanggakan pasukan negara selepas mereka memenangi pingat emas Sukan Sea dengan menewaskan tuan rumah, Indonesia di perlawanan akhir.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Dr Tony Fernandes (gambar) berkata, skuad Harimau Muda menampilkan persembahan seperti bintang sebenar ketika beraksi di padang dan berhak menerima penghormatan itu kerana berjaya mempertahankan pingat emas untuk Malaysia serta membuatkan rakyat negara ini bangga.“Seorang pengikut twitter bertanyakan jika saya akan mengecat pesawat dengan warna Harimau Muda jika mereka menang dan saya kata, ya. Skuad Harimau Muda mengotakan janji mereka untuk memenangi pingat emas itu dan saya akan menunaikan janji saya kerana pasukan itu berhak menerimanya. Pesawat itu akan mengingatkan kita bagaimana sukan boleh menyatupadukan negara, tanpa mengira kepercayaan dan budaya masing-masing. Moga-moga ia dapat memberikan inspirasi kepada pemain muda untuk mengambil bahagian dalam sukan dan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa,” katanya.


Skuad bawah 23 tahun negara menaiki pesawat khas AirAsia dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta bersama-sama dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada awal pagi Selasa. Ribuan peminat Harimau Muda turut membanjiri Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk meraikan wira-wira negara itu kembali ke tanah air.Pasukan itu mencipta sejarah Sukan Sea dengan kemenangan berganda apabila mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea untuk Malaysia dengan persembahan mengagumkan sepanjang perlawanan itu yang berkesudahan dengan kemenangan penalti ketika menentang Indonesia.Penyandang juara itu pada mulanya dijangka berdepan dengan tugasan mencabar apabila diundi dalam Kumpulan A yang dipanggil ‘Kumpulan Maut' kerana turut dianggotai Indonesia, Thailand dan Singapura.Bagaimanapun, pemain skuad itu membuktikan mereka perlu dihormati apabila pemain muda negara muncul juara kumpulan untuk mara ke separuh akhir yang menyaksikan Malaysia menewaskan Myanmar 1-0 untuk mara ke final sebelum membawa pulang pingat emas. (HMetro)



Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan
Tak pernah trfikir dek sesiapa sebelum ni; wajah pemain Harimau Muda trmasuk Apex mungkin akan trpampang d badan kapalterbang (AirAsia)! Bukan murah, kos utk merealisasikn projek ini boleh mncecah hampir setengah juta Ringgit Malaysia! Bravo! Bravo! -PNY


Speecholessss! eemmm....

Indonesia vs Malaysia - Final Sea Games 26th TRAILER + AFTER MATCH ANNOT...




Kreatif la trailer depa nih!

Congrats Rimau Muda

Apex mmg the best lah...caya la lu bro!

* tetiba mencari2 Amirul Hadi..eh!heh! silap rimau la pulak...umur u da telebeh ye dik! *

Doaku Untukmu Sayang





Satu lagi hasil hebak Waliben...Sangat tersentuh dengar lagu nih..lirik sangat2 menikam qolbu!

Spesel dedikasi untukmu...My dear Dd





Love all Geisha's songs

Love suara vocalist dia...Momo (Narova Morina)

Jejari Makanan ;8)




Gambho jajan2 Sabtu lepas....lambat bebeno la haplotnya jugak kannn.... ok la bawah ni dimsum faveret aku..goreng makan pagi...mak aku tau ni sure bebel..x sehat langsung bekfes aku skrg nih! nak2 kalau Encik Kudin keje...aku main makan je apa yg ada...jnj kenyang...eh!lupa lak dimsum cap apa. x pasan kat pestiknya. Tapi rege boleh tahan! nasib la sedap kann....



Sangat22222 sedap...percayalah!



Ni lak sebenarnya nak wat puding jagung...tp tu la kan koya bak kata org kelantam! pas likat selamber je aku letak dalam loyang...dok berasa wat jelly! jagung ntah kemana x letak langsung last2 aku masak jugak la jelly..nasib le mmg ada sepeket lagi...campak buah2 belen wat teraifel masa makan2 kat ofis ari tu, campak perasa stoberi banyak2 dalam jelly tu...siap!




Koya tahap dewa aku nih! siap berlapik nak letak air sejuk bagai! ingat nak sejukkan jelly hape!





Kekdahnya....jadi gini le kannnn



Alhamdulillah...jadi jugak....tetiba bertambah jajan2 aku ari tu...



Ni la dia Cik Puding Jagung...jadik jugak aku buat. Tak kira! nak jugak!...tetiba tingat stail chef haniliza tabur bebijik jagung atas tu...so aku pun wat la....mmg sedapp..dalam luar ada jagung!!!! pastu minum air jagung! fuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!


*Sabtu-Ahad tu manjang le aku dgr ada org tu dok bukak katup peti s patpolat kali....emmm...suka la tuh!*

Sediakan Payung Sebelum Hujan





*_*