Misteri Si Dahlia Hitam

Sesekali kita sembang pasal misteri @ kisah2 pembunuhan ok gak kan....saja nak syer kisah ni...maybe ada yang tau yang pernah terbaca kisah yang pernah menggemparkan California suatu masa dulu....pemilik nama iaitu Elizabeth Short dilahirkan pada 29/7/1924 lebih dikenali sebagai Black Dahlia (BD)...kenapa dia dipanggil BD?

Elizabeth Short @ Black Dahlia
Dikurniakan dgn kecantikan luar biasa...x silap penah memang ratu cantik gitu la....anak kampung ini pun berhijrah le ke Hollywood sebab cite2 nak jadi anak wayang. Last2 dek kerana mabuk dengan hidup fofular sbg anak wayang...da jadi habit lak suka berpeleseran kat kelab malam..dia menjadi rebutan lelaki...apalagi mula la liar tukar2 pasangan..org cantik le katakan! Oh lupa....kenapa dia dipanggil BD? Sebab...setiap kali dia ke kelab malam dia suka pakai baju warna hitam..siap rambut pelesu kaler hitam!
Cantik orangnya....
Dipendekkan cite...selepas kecewa chenta hati dia mati dlm perang, dia yang konon da insap bebalik kepada tabiat lama...suka berfoya2!..sehingga la suatu hari 15/1/1947 sorg makcik ni jmp mayat kat kawasan lapang taman di Liemert Park, LA. Tokojuit la makcik tu sbb mayat tu terpisah dua!
Pihak polis menyiasat tempat mayat BD ditemui Kekejaman melampau! Mulutnya dikelar2 dari bibir smp ke hujung telinga, kesan lebam kat lutut dan pergelangan tangan, seperti kesan tali. Berkemungkinan BD diikat, dibelasah sebelum dibunuh
Pihak polis LA pening kepala dgn kepakaran pembunuh sbb siap kerat dua dahlah tu mayat dicuci bersih, bahagian organ dalaman dikuarkan sebelum dicampakkan kat taman tu...Sungguh kejam!!! smpkan x dapat dikesan cap jari ke or apa2 bahan bukti... Sepanjang siasatan, lebih 40 orang polis berpengalaman ditugaskan untuk kes ini, lebih dari 1000 orang disoal siasat tapi kes ini menemui jalan buntu...kes ni jugak telah bg bnyk sumber inspirasi kepada pembikin filem, drama, novel untuk diadaptasi dgn kreativiti mereka...
Sekadar meletakkan beberapa karya diadaptasi dari kisah BD Filem lakonan Josh Harnet & Scarlett Johansen...tercalon dalam Oscar 2006...
Akhirnya...misteri kes ini tetap menjadi misteri...kes yang menjadi taboo dalam pasukan polis LA masih belum terungkai smp la sekarang..malang sungguh penantian masyarakat nak mengetahui siapa sebenarnya pembunuh kejam itu tidak juga kesampaian...pembunuh BD masih bebas..ntah2 da pun meninggal..ye la kes ni thn bila ye x....kes ni jugak pastinya meninggalkan kesan/taruma kat kuarga or sedara mara BD...terkilan kan..sekurang2nya dan sepatutnya pembunuh kejam tu mendapat balasan sewajarnya...

SEKIAN

0 ulasan:

Catat Ulasan