Supaya Gelisah Bernilai Ibadah



Sebuah pesan kepada mereka yang dilingkari pelbagai macam musibah, kegagalan dan krisis yang membelenggunya. Pesan itu berkata : Jangan Bersedih!




Ketahuilah bahawa kemenangan akan datang setelah kesabaran. Kelapangan akan datang setelah kesusahan dan setelah kesusahan pasti ada kemudahan. Perhatikan lah kisah kaum dan ummat2 terdahulu bagaimana Allah swt melumpuhkan segala daya dan usaha yang mereka lakukan dalam sekelip mata. Allah Maha Berkuasa Maha Berkehendak.



Fikirkan la dan bersyukurlah....
Apa yang kita dimiliki merupakan tanda2 betapa anugerah nikmat yang begitu besar yang telah Allah kurniakan.



Sabda Rasulullah saw...Redalah dengan keputusan Allah maka anda akan menjadi orang yang paling kaya.. (Hadis Riwayat Tarmizi)



Biarkanlah masa depan datang sendiri....
Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya.. (Surah An-Nahl : 11)
Jangan mendahului apa yang akan terjadi...tidak ada yang mengetahui sesuatu yang ghaib kecuali Allah. Tunggulah, masa depan akan datang. Oleh itu, nikmatilah hari ini dengan kebahagiaan agar hidup anda boleh bermakna.



Berbuatlah baik kepada orang lain..hati anda akan menjadi lapang..
Kebaikan bagaikan minyak wangi yang memberikan keharuman kepada orang yang membawa, menjual dan membelinya...kerana itu orang yang paling bahagia ialah mereka yang selalu mebuat kebaikan dan berusaha memberikan kebaikan kepada orang lain. Mereka akan segera merasakan sebuah ketenangan dan kelapangan yang membawa hidup penuh ketenteraman...


Qada dan Qadar...
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pd dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalm Kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.. (Surah Al Hadid : 22)

Fikiran anda akan tenang, jiwa anda akan tenteram apabila anda telah melakukan berbagai usaha dan mencari berbagai sebab untuk mendapatkan sesuatu. Apabila sesuatu yang tidak anda inginkan terjadi maka inilah yang sebenarnya terjadi. Oleh sebab itu jangan pernah anda mengatakan...Andai saya melakukan ini pasti hasilnya akan seperti itu....
Insaflah dan pasakkan dalam diri anda bahawa semua itu adalah keputusan dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.




Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram...
Zikir....pengubat jiwa...boleh menumbuhkan ketenangan dalam hati....boleh menyucikan jiwa dari keinginan untuk menyekutukan Allah..boleh memekarkan keinsafan tentang hakikat kejadian diri sbg hamba Allah...boleh mencegah diri dr segala penyakit hati (dengki, kedekut, riak, sombong, ...)..dan zikir boleh mengisi hati menjadi gedung segala kebaikan, kebajikan dengan pahala berganda daripada Allah...



Maka kesabaran yang baik itu lah...(kesabaranku)...
Bersabarlah dengan penuh keyakinan bahawa jalan keluar itu pasti ada. jalan keluar yang baik itu tetap akan hadir untuk mengakhiri segala cubaan yang melanda. Kemenangan itu akan selalu datang setelah adanya kesabaran. Yakinilah, sesungguhnya bersama kesusahan itu pasti ada jalan keluar....
Bagaimana untuk kita mencari jalan keluar itu? Adalah melalui kekuatan..darimana datangnya kekuatan itu? Ianya datang dari SOLAT......





Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang2 yang sabar... (Surah Al-Baqarah :153)


Amin...


Dr. Ibrahim Fiqhy & dari pandang sisi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


0 ulasan:

Catat Ulasan