Nama Anak Anda Digemari JIN?




Artikel ni sebenarnya aku amik dr majalah Harmoni keluaran terbaru ditulis oleh Ustaz Sharhan Shafie….


“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, aka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi..” (hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)
Nama Berlandaskan Al-Quran :



Keghairahan sang ayah dan ibu dalam memilih nama anak terkadang membuat mereka tersalah pilih. Ada yang menggabungkan nama ayah dan ibu sehingga terjadi nama2 yang aneh dan terkadang melucukan.
Terdapat juga pasangan yang terlalu mengikut nama artis2 barat kerana taksubnya mereka terhadap dunia hiburan, sehingga lupa bahawa keperibadian seorang Muslim itu terletak juga atas indahnya nama yang mencerminkan Islam.
Sebaik2 nama adalah Muhammad atau Ahmad. Kerana nama itu pada pandangan mereka tidak glamor maka lebih senang diberikan nama anak dengan nama barat. Apa pun, sebelum memilih nama anak, pasangan disaran agar membuat sedikit bacaan dan kajian sebelum menamakan anak mereka.


Ada nama2 bahasa Arab yang bunyinya indah tetapi maksudnya buruk. (tetiba aku tingat dulu2 kan suka benar org dgn nama Azura. Padahal maksudnya taik kering!)

Tanya lah pada mereka yang mengerti maksud sebenar nama yang dipilih. Terdapat nama2 indah yang sagat digemari oleh jin dan nama2 ini diguna pakai oleh bangsa jin. Maka terjadilah sesuatu hal dalam kehidupan anak itu tadi apabila namanya sering dipanggil2 oleh bangsa jin. Atau juga nama jin tersebut sering dipanggil setiap hari saban masa oleh ibu dan ayah, kaum keluarga atau sahabat sekaligus mengundang jin2 tersebut untuk sering bersama anak itu tadi.



Banyak kes2 yang dikendalikan yang membawa penyakit aneh dan misteri dimana nama pesakit itu mirip atau sama dengan nama jin. Maka sang ayah dan ibu perlulah lebih prihatin dan peka dalam memberi nama anak.
Contoh nama seperti QISTINA atau BALQIS, sungguh indah dan enak didengar tetapi sangat digemari oleh bangsa jin!


Nauzubillah…moga kita semua dijauhkan dari benda2 tersebut. Sekadar satu perkongsian ilmu untuk kita sama2 ambil iktibar

0 ulasan:

Catat Ulasan