Manfaatnya Lebih Besar Dari Yang Kita Sangka


Dipetik dari majalah Rapi...untuk kita kongsi info ini sebagai panduan kesihatan dan juga kegunaan harian dalam setiap masakan...




Buah Pelaga
Berkesan membantu mengatasi masalah perut yang tidak selesa khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah angin dalam perut, membantu proses detoksifikasi dan mempertingkatkan aliran darah.




Jintan Putih
Khasiat turun temurun sebagai agen pelangsingan. Mengunyah jintan putih dapat membantu rasa lapar dan mengurangkan keinginan terhadap makanan manis seperti coklat dan kek.




Jintan Manis
Membantu melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, menggalakkan penghasilan susu badan dan membuang gas dalam perut. Cara2nya ialah dengan mengamalkan minum setengah cawan air rebusannya setiap pagi.
Rempah ratus ini juga berkhasiat dalam membantu membuang lemak di pangkal peha. Cara2nya ialah dengan merebusnya dalam 5 cawan air dan minum air rebusan itu setiap ari (pagi dan petang) selama 4 minggu.




Biji Ketumbar
Membantu mempertingkatkan fungsi penghadaman, melancarkan sistem pernafasan. Aroma kesegaran rempah ratus ini dikatakan dapat meningkatkan daya fokus.




Lada Hitam
Mempunyai fungsi yang baik dalam memanaskan badan serta melancarkan sistem penghadaman. Juga sebagai agen anti-bakteria menjadikan lada hitam sangat bermanfaat dalam membantu gejala selsema & batuk. Kulit luar rempah ratus ini pula mengandungi zat yang membantu pelangsingan.




Biji Sawi
Kaya dengan pelbagai kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan risiko serangan asma., arthritis dan tekanan darah rendah. Juga membantu melegakan masalah penghadaman dan mempertingkatkan metabolisme tubuh.


SEKIAN


0 ulasan:

Catat Ulasan