Pelik
DIA hadir dalam mimpiku....
Syukur alhamdulillah....malam tadi doa aku akhirnya dimakbulkan...sekian lama x bersua muka di alam mimpi dgn DIA yang aku sayang....malam tadi rasanya sgt2 indah....rasa x nak terjaga dr mimpi....betapa Allah itu Maha Mendengar....hampir 2 minggu aku sering berdoa agar dipertemukan kami dalam mimpi...ye, aku sangat merindui DIA....nak2 pulak makin hampir genap 6 tahun arwah tiada...makin kerap perasaan rindu itu datang...syukur! bangun pagi tadi pun lama juga aku memikirkan DIA....bau DIA sgt melekat kat aku...bau yang da lama aku rindui...sgt2 rindu ya Allah.....!!!
Check-up
Bohsan bukan bohjan

Kosong
Nama Anak Anda Digemari JIN?
“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, aka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi..” (hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)
Nama Berlandaskan Al-Quran :
Keghairahan sang ayah dan ibu dalam memilih nama anak terkadang membuat mereka tersalah pilih. Ada yang menggabungkan nama ayah dan ibu sehingga terjadi nama2 yang aneh dan terkadang melucukan.
Terdapat juga pasangan yang terlalu mengikut nama artis2 barat kerana taksubnya mereka terhadap dunia hiburan, sehingga lupa bahawa keperibadian seorang Muslim itu terletak juga atas indahnya nama yang mencerminkan Islam.
Sebaik2 nama adalah Muhammad atau Ahmad. Kerana nama itu pada pandangan mereka tidak glamor maka lebih senang diberikan nama anak dengan nama barat. Apa pun, sebelum memilih nama anak, pasangan disaran agar membuat sedikit bacaan dan kajian sebelum menamakan anak mereka.
Contoh nama seperti QISTINA atau BALQIS, sungguh indah dan enak didengar tetapi sangat digemari oleh bangsa jin!
Nauzubillah…moga kita semua dijauhkan dari benda2 tersebut. Sekadar satu perkongsian ilmu untuk kita sama2 ambil iktibar…
Istikharah Cinta
Album : Istikharah Cinta
Bersaksi cinta diatas cinta
Bihun & Pasta
CNY

Pesta limau kembali lagi.....nasib le aku bukan pencinta limau...kalau x mau aku wat jus limau yang berkotak2 tu. Kena gigih tahap maksima siapkan keje nih, maklum le dpt balik awal.
Pagi ni lak ada interview. Hadoi kacau betul la.....ingatkan nak pakat ramai2 nyanyi kongsifatcai kannn...boleh dpt angpau in advance...eh?
Edisi Merempan..Tapi Bukan Aku....ooooooo

penah tak bila korang jujur orang tetap cakap ko ni penipu???
kenapa ek???
ke kat dahi aku ni memang dah ada cop mohor besar dengan huruf..............
P.E.N.I.P.U
Aku jawab :
Orang kalau da pangai ‘baik’ cenggitu la….hidup sentiasa menipu! Maaf cakap la…aku memang betul2 bengang+sedih tengok pangai melayu macam ni..pompuan lak tuh! Memalukan sungguh! Ko tau x sampai sekarang kesah pentipuan ko tu jadi bahan kat sini? Apa2 je la sure nama ko naik, jadi perumpamaan/rujukan agar menjadi tauladan kepada orang lain..hah! tv pendidikan tetiba!
Agaknya itulah balasan untuk ko sekarang…entri meremmmmmpan je la ko! Penat aku tengok…x de entri hepi2 ke apa! Cuba la insap2 ek…
Dia merempan :
Kenapa amukan hampir berlaku???
Cer korang pikir secara profesional sket.
Orang yang betul-betul hargai dan komited pada keje, pasti benda pertama yang dia akan buat bila sampai kat opis ialah membaca emel, betul tak?
Tang ni aku tatahan. Komited ke kemetot uols??????? Sangat pentipu la ko ni kann...aku up lagi cop mohor kat muka ko ek! Ce berkata benar walaupun yg benar itu pahit untuk diterima…ko bukan tengok-hadap-hapal fesbuk je ke……pagi ke petang itu je keje ko…x tau lak aku kalau itu yg pekerja popesenel buat ari2….aku ni sampai naik rimas tengok ko dok online x benti2….mmg berani giler la ko ni eh? 1st time aku jumpa dompok yang sangat berani mati..! eh, org pentipu mmg macam ni eh???
Dia merempan :
Ada setengah orang, akan note-down keje-keje dia dan ada pulak yang akan print-kan emel yang dia rasa perlu untuk dia selesaikan, betul?
Ya Allah Ya Tuhanku…aku dan kawan2 sangat bersyukur ko benti sebenarnya….tak la kami ni hidup dengan pentipu sepanjang masa..sepanjang hidup??? Ko memang palakon terbaekkk la!
Elok juga satu persatu peel ko terbukak sendiri…benda ni pun jadi pengajaran pada aku…jangan sesekali wat taik dengan orang lain…sampai sudah orang dok ngata dok maki ko!
Lagi satu, hidup ni kan bak roda…mana tau satu hari nanti berjumpa, keje tpt yg sama, kot2 jadik sedara….hah! time tu nak sorok muka pun x tau mana….da la muka penuh cop mohor da kann..silap2 makeup tebal patbals inci pun leh tenggelam uols!
So, sila la bertabah ye si dompok…kalau rerasa nak merempan dalam blog ko tu sila lah….tu mungkin satu cara ko nak mencuci jiwa ko yang da kotor sebab hidup ko yang sentiasa diselubungi pentipuan…wah! Misteri nusantara pun kalah nih! Tak pelah..mana tau pasni ko da berubah…aminnnnnn
49 days
Sedang gigih memfolo kat Channel 393 & juga secara dramaonline akibat tidak sabar menunggunya....
Sesape lom penah tgk lg sila la tgk ye....hanya 20 episod aje..anda tidak akan dikecewakan dgn jalan cite yang sangatttttt best!...romantik-komedi dan ofkos air mata! anda juga akan jatuh chenta dgn dia? tak la...dia tu? eh...dia ni? eemmmm....pilih la watak mana yg anda suka...! ;)
Makan Part..patsikulipat
Hujung minggu telebih rajin gini la..sume menda jadik senang-cepat je nak buat...Cuba datang mimaliplamsim..nak wat bekfes pun x kuasa! Senang2 beli je la....
Nasik tomato. Gigih sekali aku mencincang tomato...x boh langsung yang dalam tin
Ayam masak merah...operasi mengclearkan stok ayam gak pun. X pasan ada lg 2 pestik kecik2 ( 8 ketul) aku da g beli lg sekor! amiks..macam le muat! ingat peti s org niaga???
Ah Cha
Agar2 santan gula merah...semangat aku g kedai borong layan-diri beli bahan nak wat agar2 santan pandan...sudahnya sampai umah daun pandan mana??? huh! nasib le ada gula merah ....bolehhh le......
Colan-colannya adalah :
Ada sesuatu nak aku tulis kat sini nak syer kat sini pasal sikap/perangai/habit orang bila nak menghadiri interview. Benda ni sebenarnya aku peratikan kerap sangat berlaku. Tak tau la kenapa. Pada aku hal2 interview ni aku mmg amik kesah..maklum le itu jugak la matlamat kita bila nak dapat kerja/bertukar kerja/mencuba tempat kerja baru. Bab mencuba ni kalau aku mmg x la...nak cuba2 untuk umur mcm skrg ni amatla berisiko. Lain la kalau yang baru grad x pun mmg da rope gitu hobi dorg ye x?
Kes 1: Masa. Wah2....ko ingat ko g interview company suku sakat korang ke kan....x pun famili ada syer????? aku mmg pantang bab2 org x ikut masa nih. Kita ni ada keje. Bila da arrange interview kita sendiri akan arrange keje kita sbb masa untuk interview org ni bukan sikit2 masa. Sejam-sejam setengah tu mmg da tentu. Oh tidak.....mintak mahap la aku nak dok lama2. Sebabkan colan2 yang x reti2 ikut masa ni la keje aku sendiri yang efek! Tu yang aku geram..bila da janji da plan da arrange kul 10pg ke....ko kena la datang at least 1/2jam awal la paling busuk pun....bukan start kul 10pg tapi time tu la baru nak kol...saya sesat ni. boleh bagi direction x? x jumpa la....ofis u all ni area mana? ala...i da sesat....banyak sangat roundabout sampai terlepas! landmark please....! Landmark *&^%$##@!!!!! Kalau aku yang jadi receptionist memang aku putuskan je line tuh. Nasib lah! Sudahnya sampai kesudahlah dia x datang! Ntah2 da hilang terus....ops! sorry.....i bergurau je u....tp agak kasar la!
Kes 2 : Preparation sebelum interview. Ni sambung yang kes 1. Ok, ko da sesat sume kan....puncanya apa???? Sebab ko x buat preparation sebelum nak dtg interview.....aku mmg x paham la...pada aku nak datang interview ibaratkan kita pergi berjuang ...nak cari duit! tipu la kalau kata bukan sebab duit. Masing2 mesti nak upkan gaji, nak lagi dekat dgn umah (kalau boleh la...) sape x nak? Leh jimat segala benda. Kalau awal2 mentaliti da fikir sume tu sah2 ko akan buat preparation! Internet da ada...x yah sudah2 nak g cari nak kol tau pasal company tuh sume...tekan aje SEARCH sume ada depan mata....ko nak profile-map sume ada. Aku sendiri bila g interview bukan takat gugel info sume tp siap print profile2 dorg, balik umah aku study ngalahkan nak exam. Sebabnya kita x tau apa soklan depa nak tanya. Ok la kalau penginterview x bnyk songeh. Tapi ko leh gerenti ke sume company tu x bnyk songeh? Sorrry to say....x kan adanya! So, sebelum jadi pape baiklah kita bersedia....incase dorang korek dalam2 gali2 lubang...ko x le panik time tu. Dapat x dapat belakang kira jnj kira x tergagap2 depan dorg smp muka pucat lesi x tau nak explain pebenda. Macam sorang colanah ni, minggu lepas boleh dia tanya scope keje yang dia mintak...hadoiiii benda basic je tu.....ko yang ada experience 20thn tp cemana leh tny mcm tu ....lagi satu tanya company ni company apa? ni lagi satu aku x suka. Bukan le x boleh explain tp sebelum ko dtg ko x leh gugel le pebenda company yg ko mintak tu. Aku mmg derek je , u tak try gugel pasal company ni? at least tengok la sepintas lalu apa profile company....jawab colanah tu...i x sempat nak tengok....bz sangat...wahhhhhh!!!!!!!!!!! suka aku dgn jawapan macam ni sebab? keje aku senang = rejek! awal2 da pasan bz ngalahkan boss baik x yah amik!
Kes 3 : Sahsiah diri. Wah! tetiba perkataaan sahsiah tu muncul kat otak aku. Nasib le ada kaitan ke x dgn cite aku ni...hahahah Ok, nak syer sikit. Ada la sorang colan kaum adam ni. Aku da tgu agak2 lama gak la kat tpt aku sekali aku dpt kol dr Project Manager kat bawah, dia bgtau aku colan tu da smp. Ok, aku pun turun la...langkah aku sama bnyk dgn membebelnya....jenuh aku tgu ingatkan x dtg, sesat lg ke kau...?. Kat bawah aku terpisat2 dok cari mana le makhluk ni.....lalu kat reception area tgk ada la sorg mahkluk ni muka sikit punya serius dok pandang aku dgn gaya2 bos besar. Aku pun senyum la kat dia, eh!eh! dia buat dek je....ok la takde hal...org dtg tpt aku kena la mulut manis...tetiba aku tepikir..ntah2 client! ah! masakkkk....len macam je client nih..project ada problem ke??? cis! x pasal2 aku pikir soklan2 x masuk akal time tu...pusing punya pusing aku g le tpt PM aku tu...dan aku pun tny...mana colan tu? x ada pun? Kebetulan HR exec aku dtg nak bg aku resume dia dgr....dan jwbnya...jnp, u x nampak ke...there! kata dia dgn molot moncong kat makhluk yg td tu...aku ni kan selamber je nak menjawab gak....laaaaaaa...i ingat itu client!!!!!! colan ke tu...... (suara agak2 soprano tahap bitoven ye!) dan2 tu jugak PM aku bantai gelak!....ya2! i ingat itu client. (huh! nak jugak pikir sama mcm aku dia ni...) amiks! kitorg leh bantai gelak kat situ....nasib le kalau colan tu dgr!. Itu le....dtg le lagi interview dengan muka masam mencuka....pakaian mmg le kemas tp x guna gak kalau ekspresi muka da cam tu... nasib le ko tak jwb....maaf la jnp, mmg muka saya mcm ni...ketat nak senyum! mmg aku rejek terus!. Aku ni da la nak colan lelaki yang mesra alam...menceriakan department aku ni.. yang bujang dan kalau hensem itu adalah satu bonus! ops! x agak2 ayat si Ana ni...aku copypaste je kat sini tau....
Kes 3 : Kalau x nak sudah, kasik je kat org lain. Amiks! Aku sendiri x tau nak namakan apa kes 3 ni....Kesahnya bila kita da offer tp org tu lak banyak songeh! Aku ni ha excited kemas tempat si colanah ni tapi sudahnya x masuk!..ari patut dia masuk tu katanya ada problem x tau le sakit apa dgr2 smp masuk spital. Ok le aku leh terima. Tapi esok lusa x masuk jugak...alasannya kali ni dia balik Indon nenek dia meninggal! wahhhhhhhhhhhhhh ini alasan gua x leh trima beb! Nak kencing pun agak2 la.....aku ni dr mula interview aku da nampak da colanah tu cakap pusing2. Ada sekali dia explain segala bala benti keje sbb x nak travel. Lastttt tu cemana ntah aku tertanya ok x kalau dia kena g ofis kitorg luar dr KL keje seminggu dua on off mcm tu, dan2 dia jawab ok! dia x kisah. Aiks!!! ini colanah punya lidah ada cabang punya sikit daaaaa.....so, aku x heran dia leh tipu mcm tu....adoii...lu bikin melayu nama busuk la beb! Lagi satu, kes si colan yang kononnya sesat tu. Mula2 dia arrange ari selasa (kebetulan Isnin PH) boleh x dtg reason dia ada keje urgent kat ofis pagi tu? serius aku rasa ni sorang lagi lidah bercabang! Agak2 la...senin cuti dan2 selasa ko ada keje urgent pepagi buta??? Ish.....lantak! ko yang nak cari keje kan...ko x nak x pe...ada ramai lagi yang nak. Tapi yang peliknya tu, pas seminggu terhegeh2 nak datang pulak .....eeeeuuuwwww!!! talak malu la lu bro! tapi x pe la....aku ni bukan HR. HR kata datang, ko yang x malu nak datang sila lah kan.....tapiiiiiiiiiiiiii sekali lagi dia buat perangai jugakkkkkkkkkk....janji 9.30 tapi sampai ke petang x nampak batang hidung! Senang cite = rejek!
Aku pelik la...x tau kenapa ada jugak peel2 macam dorg ni. Bunyi macam senang sangat nak dapat keje. Yang aku ni sebuk la dok mintak tapi payah nak dapat. Itu je la cite aku....so lepas ni kalau ada lg yang datang soalan pertama aku : awak memang berminat ke nak keje sini? bukan datang sebab awak x sesat kan?
Ombak Rindu
Sambung balik pendapat aku pasal felem ni.....:
Gambar blur2....pasai paaa????
Lisa Sughihani...lakonan sangat mantoppp!!!! Abg harun-maya karen toksah compare le kan....pelakon hebak!
Last....pastinya berjujuran air mata penonton....rata2 kiri (kanan tu Encik Kudin...mcm xde perasaan je dia tgk!) depan dok lap2 mata....
Markah anda ialah : 4.6/5
*Malam td...Encik Kudin tetiba ajak aku g tgk lagi...eh! macam x caye!...nak2*










